Memahami Akal Manusia
greatmind.id

Memahami Akal Manusia

Oleh: Bahrudin Achmad

Islam memberikan perhatian yang cukup besar kepada akal pikiran manusia. Demi alasan itu, Islam menempatkan akal pikiran sebagai salah satu daripada dua syarat utama dalam kewajiban (taklif) ke atas manusia. Islam mengajarkan manusia bagaimana cara-cara yang sepatutnya digunakan akal pikiran. Allah s.w.t. menjelaskan kemampuan manusia dalam memahami alam semesta tidaklah mutlak, kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak menganugerahkan kemampuan yang mutlak dan tidak terbatas kepada makhluk ciptaan-Nya.

Kemampuan untuk memandang dibatasi oleh kemampuan mata, kemampuan mendengar dibatasi oleh kemampuan telinga, dan kemampuan untuk mengetahui sesuatu juga dibatasi oleh kemampuan akal fikiran. Oleh sebab itu, jika ada kehidupan yang tiada had batasan maka mata tidak mungkin dapat melihatnya, kerana kewujudan tersebut berada di luar kemampuan mata untuk melihatnya. Kalau ada banyak suara yang jumlahnya tidak terhingga, maka telingapun tidak mampu mendengarnya, kerana suara-suara tersebut berada di luar kemampuan telinga untuk mendengarnya.

Banyak hakikat yang tidak mungkin dicapai dan diketahui oleh manusia kerana hakikat-hakikat tersebut berada di luar kemampuan manusia untuk mencapai dan memahaminya. Artinya, akal pikiran sahaja tidak cukup untuk memahami seluruh hakikat. Contoh, para ahli falsafah yang berkeyakinan bahwa kemampuan akal tidak terbatas (bersifat mutlak) dalam mencapai dan memahami hakikat. Kesannya, manusia yang terpengaruh dengan mereka telah menuju kepada jurang penderitaan bukan pula kepada kebahagiaan yang mereka cari-cari.

Diyakini bahawa Allah s.w.t mengetahui pelbagai karakter/ pelbagai spesifikasi penciptaan hamba-hambanya, lebih daripada pengetahuan mereka sendiri. Menurut pelbagai riwayat yang ada, Allah s.w.t telah mengutuskan seratus dua puluh empat ribu orang nabi dan rasul sepanjang sejarah kehidupan umat manusia.

Hikmahnya kerana akal manusia itu lemah dan tidak mampu mencapai hakikat. Lembaran dan kitab-kitab suci yang telah diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada para rasul dan nabi merupakan media terbaik yang menghubungkan antara wilayah kemanusiaan dan wilayah hakikat dan menghubungkan hakikat kepada manusia.Atas dasar itu, bimbingan wahyu terhadap akal fikiran dianggap sebagai suatu syarat yang mutlak, kerana akal yang tidak disinari bimbingan Ilahiah bagaikan kuda liar yang tidak akan sampai pada tempat tujuan. Bahkan boleh jadi terjatuh ke dalam lubang dan tercampak ke dalam mara bahaya.

Oleh sebab itu, kita perlu menjinakkan dan melatih kuda tersebut dengan cara mengikat tali kendali melingkari tubuhnya agar dapat dikendalikan dan diarahkan kuda tersebut dengan sempurna. Halyang sama perlu dilakukan terhadap akal manusia. Kita harus memberikan pendidikan rohaniah โ€“ yang intipatinya adalah wahyu dan sunnah yang suci โ€“ kepadanya sehingga ia menjadi akal yang sihat dan benar. Jika tidak, akal akan menjadi seperti senjata bermata dua sama ada digunakan sebagai alat untuk mencipta kebaikan atau menjadi perangkap untuk mendatangkan keburukan.

Bahrudin Achmad. Cendekiawan Muslim Indonesia

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *